Admin Alumni

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Bits about Alumni Mokha & Komuniti Blogger Alumni MK :) Selamat datang.

February 16, 2011

MUKADIMAH

SEJARAH SMK MOHD KHALID :

Nama SMK MOHD KHALID diambil sempena nama seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalma meltakkan batu asas perkembangan pendidikan awal sekolah melayu di Negeri Johor Darul Takzim. Beliau adalah Mohd Khalid bin Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada awal tahun 1850. Beliau pernah menjadi Guru Besar Sekolah Melayu Johor dan menjadi Nazir pertama sekolah melayu Johor. Beliau juga dilantikl menjadi setiausaha Jabatan Pelajaran Johor dan pemekriksa sekolah-sekolah Johor dan Endau pada tahun 1913. Apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ditubuhkan, Mohd Khalid dilantik sebagai setiausaha Jabatan Agama dan Pelajaran. Mohd Khalid telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1917 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Bagi mengingati jasa dan sumbangan beliau dalam pembangunan Pendidikan Melayu di Negri Johor, nama beliau diukir di sebuah institusi pendidikan guru mulai 1 julai 1974, iaitu Maktab Perguruan Mohd Khalid. Namun maktab ini telah ditutup pada Januari 2000.

PENDAHULUAN :
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan semua kawan-kawan yang menyertai ""GROUP'' in berada didalam keadaan sihat sejahtera. "GROUP'' ini diwujudkan atas beberapa faktor:

1) Mengerat hubungan silaturahim antara bekas-bekas pelajar SMK MOHD KHALID.
2) Mengumumkan atau memberitahu mengenai prestasi sekolah SMKMK.
3) Membincangkan dan mencadangkan usul-usul untuk dimanfaat bersama.
4) Dapat mengadakan kerjasama yang lebih sihat antara bekas pelajar SMKMK.
5) Membantu pihak sekolah.

Diharapkan semua dapat memberi kerjasama yg kukuh dan aktif mengongsi cerita mahuun cadangan untuk pengetahuan semua agar hubungan akrab antara kawan-kawan rapat.

No comments: